Posts

Showing posts from September, 2015

MIGRAIN

Image
Apa khabar warga Rumahtangga SIHAT. Hari ini nak berkongsi tentang MIGRAIN. Kebanyakan kita memang mengalami masalah migrain ni. Terutamanya pada yang bekerja dalam suasana yang selalu stress. Tapi hakikatnya ada gejala tertentu yang menyebabkan migrain. Saya sendiri antara penderita migrain yang agak teruk sebelum ini. Setiap kali terdedah pada suhu yang terlalu panas atau salah pemakanan (terutamanya cheese), maka migrain akan datang. Sakitnya sehingga rasa nak hentakkan kepala ke dinding. That is me! Orang lain saya tak pasti. Panadol activefast jadi peneman. Sehinggalah saya kenal shaklee. Nanti saya share apa produk shaklee yang saya consume tanpa skip hingga migrain saya almost hilang. Sekarang jom kita share punca terjadinya migrain;- * Adanya gas tebal dlm perut & akan naik ke kepala. Ini dikira banyak angin dalam perut akibat makan tak jaga. * Penuhnya makanan dalam perut & bila makanan turun tapi sisanya tertinggal dalam keadaan "mentah", makanya akan terjad...

Bisness SIHAT - Shaklee MLM@@

Assalamualaikum.. selamat petang warga Rumahtangga SIHAT. Petang ni nak berkongsi kisah SHAKLEE  VS MLM. Macam menarik pulak. Coretan ini khas sebagai lampu suluh kepada kawan-kawan yang bertanya tentang biz shaklee yang saya join ni. Ramai yang pm tanya biz shaklee ni MLM kan? Iye, tapi kami tak suka guna perkataan tu. Biasanya kami guna ia sebagai network marketing (jaringan pemasaran), malah istilah yang kami gunakan biasanya nenek, mak, anak, cucu, cicit, piut.... sebab lebih mesra. Dan yg penting biz shaklee ni win-win situation, kita dpt bonus, upline kita pun dapat bonus. Banyak mana bonus kita akan dapat, ia bergantung kepada usaha kita. In case, kalau anak biz kita lebih rajin & kreatif dari kita, maka tak mustahil ranking dia akan naik dulu dari kita. Bebila masa anak-anak biz kita mampu melangkaui kita. Sebab itu saya katakan adil & win-win situation. Sesiapa pun yang berdaftar sebagai ahli boleh dapat semua benefit yang ditawarkan. DAN.. tahukah anda bahawa...
Image
Assalamualaikum...Hari ini nak berkongsi dengan warga Rumahtangga SIHAT tentang gejala Sindrom Molluscum. Jujurnya saya sendiri tidak pernah mengetahui tentang sindrom ini. Tapi baru-baru ini ada seorang kawan yang bertanyakan pada saya tentang penawar pagi sindrom ini. Salah seorang anak kecilnya mengalami sindrom ini. sangat kasihan melihatnya. Peratusan sindrom ini terjadi lebih kepada kanak-kanak, jarng sebenarnya orang dewasa mengalami sindrom ini. Jom kita kongsi bersama info ini, sekurang-kurangnya boleh mengelakkan ianya terjadi dikalangan ahli keluarga kita. Apa itu Molluscum Contagiosum?      Inilah sindrom Molluscum contagiosum Molluscum contagiosum adalah jangkitan kulit yang disebabkan oleh poxvirus, virus Molluscum contagiosum (MCV), dan keadaan ini akan membentuk permukaan kulit yang berbonjol kecil, halus dan padat, bintik-bintik kelihatan sama ada berwarna ataupun putih. Fenomena ini biasanya berlaku di Amerika Syarikat dan gejala ini ...
Post kali ni nak share tips turunkan berat badan dengan cepat & sihat; 1. Kunyah makanan lebih lama dari biasa. Ini akan membuatkan anda berasa cepat kenyang lantas akan mengurangkan pengambilan makanan. 2. Kurangkan pengambilan makanan yang tidak sihat sedikit demi sedikit. Makan makanan yang kurang lemak. Kurangkan makanan yang mengandungi jumlah gula yang tinggi seperti air bergas, kuih muih, dan makanan ringa n. 3. Jika anda terasa lapar, makan hanya sedikit sahaja nasi dan banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk menghilangkan rasa lapar. 4. Jangan makan lewat malam. Jika anda tergolong dalam golongan ini, kurangkan pengambilan sedikit demi sedikit dan makan selewat-lewatnya 3 jam sebelum masuk tidur. 5. Jika anda terbangun dari tidur pada waktu malam dan terasa lapar, minum air kosong atau makan sebiji buah seperti epal atau pisang. 6. Jangan terlepas atau sengaja melepaskan waktu makan anda dengan tujuan untuk menurunkan berat badan. Anda...

Sibutramine

Assalamualaikum... apa khabar warga Rumahtangga SIHAT. Tadi terbaca cerita tentang berbagai produk yang wujud dalam pasaran, ternampak kesan & bahayanya Sibutramine ni pada badan kita. Tapi still mungkin ada yang tak tahu bahaya ia pada kita dan masih meneruskan pengambilan produk yang mengandungi Sibutramine ni. Dah dpt info tadi, terus saya cari more info tentang Sibutramine ni. Ngeri plak membacanya. Agaknya apa kesannya kalo bahan ni berlebihan diambil. Jom kita berkongsi info. Sibutramine merupakan sejenis ubat anti-obesiti atau anti kegemukan untuk merawat pesakit obesiti yang kronik. Ubat ini hanya boleh di preskripsikan oleh doktor pakar sahaja kerana ia diklasifikasikan sebagai racun oleh Akta Dadah Berbahay a oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Namun begitu ubat ini boleh didapati di farmasi-farmasi sekitar kuala lumpur dan bandar-bandar lain, nama pun ubat kurus sememangnya ia laris dan mempunyai permintaan yang tinggi. Walaubagaimanapun,ubat yang bernama ...