Posisi Duduk & Berdiri Ibu Hamil
A ssalamualaikum… Khas buat warga Rumahtangga SIHAT. Hari ni nak berkongsi info tentang POSISI DUDUK & BERDIRI IBU HAMIL. Penting sebenarnya agar kita sentiasa sihat walaupun ketika hamil & juga selepas hamil. Cerita kisah hamil ni memang banyak manisnya kan? Pada yang pernah mengalaminya, tahniah saya ucapkan kerana diberi peluang hamil & ada zuriat membesar di depan mata kita. Pada yang tak berpeluang, jangan bersedih kerana pasti ada ganjaran lain yang menanti kita. Ramai sebenarnya yang tak tahu posisi yang sesuai untuk duduk & berdiri bagi ibu hamil. Terutama yang hamil anak pertama. Posisi yang sesuai ini sangat perlu agar kita selesa dalam menjalankan tugas seharian. Lagipun ia memberi kesan yang positif kepada kita & juga kepada janin kita. TIPS/POSISI KETIKA DUDUK Posisi duduk yang betul ibu hamil ♥ Duduk dengan bahagian belakang yang tegak, peha yang selari dengan lantai & tapak kaki biarlah menempel dengan rata pada lantai...