Posisi Duduk & Berdiri Ibu Hamil


Assalamualaikum…
Khas buat warga Rumahtangga SIHAT. Hari ni nak berkongsi info tentang POSISI DUDUK & BERDIRI IBU HAMIL. Penting sebenarnya agar kita sentiasa sihat walaupun ketika hamil & juga selepas hamil.
Cerita kisah hamil ni memang banyak manisnya kan? Pada yang pernah mengalaminya, tahniah saya ucapkan kerana diberi peluang hamil & ada zuriat membesar di depan mata kita. Pada yang tak berpeluang, jangan bersedih kerana pasti ada ganjaran lain yang menanti kita. 

Ramai sebenarnya yang tak tahu posisi yang sesuai untuk duduk & berdiri bagi ibu hamil. Terutama yang hamil anak pertama. Posisi yang sesuai ini sangat perlu agar kita selesa dalam menjalankan tugas seharian. Lagipun ia memberi kesan yang positif kepada kita & juga kepada janin kita.

TIPS/POSISI KETIKA DUDUK

Posisi duduk yang betul ibu hamil

♥ Duduk dengan bahagian belakang yang tegak, peha yang selari dengan lantai & tapak kaki biarlah menempel dengan rata pada lantai (cer cuba, saya sendiri yang tak preggy pun tengah mencuba tips ni..). Pastikan jika kerusi yang kita duduk tu terlalu tinggi & kaki tak boleh cecah ke lantai, kerusi pulak tak dapat diubah, maka cari alternatif lain seperti letakkan pengandal pada kaki macam bantal kecil or kotak agar kaki kita boleh jejak permukaan. Ini sangat penting untuk memastikan pengaliran darah lancar. Alaskan belakang badan kita dengan bantal yang empuk/lembut tapi jangan pulak sampai tertidur :) untuk pastikan belakang kita rata. Paling penting, jangan sesekali silangkan kaki semasa duduk agar darah boleh berjalan lancar.

♥ Sekiranya kita ibu hamil yang bekerja (saya pasti ramai je dikalangan warga Rumahtangga SIHAT ni bekerja kan?) di depan komputer atau duduk lama di depan meja untuk menyelesaikan kerja-kerja kita, maka pastikan kita luangkan selang masa yang bersesuaian untuk melakukan sedikit senaman ringkas seperti regangan badan, berdiri sekejap or apa-apa yang boleh buat hilang lenguh badan. Paling sedikit pun setiap 1 jam.
♥ Cuba cara regangan ringkas seperti mengangkat kedua lengan kita selari dengan bahu, kemudian tarik ke depan sejauh mungkin. Selepas itu, pusingkan tubuh kita ke kiri & ke kanan mengikut keselesaaan kita. Yang penting jangan paksa diri. Or apa-apa senaman ringkas yang di fikirkan sesuai dengan kita yamg hamil. Jangan pulak buat senamrobik bagai ye.

♥ Sekiranya kita dalam perjalanan panjang menaiki kereta sendiri or bersama suami & anak-anak, pilih tenpat berehat yang sesuai untuk turun & berjalan seketika sekurang-kurangnya selama 10 minit bagi memastikan darah kita berjalan lancar. Kenkadang layan karenah anak-anak yang lain jugak dah jadi macam senaman kan? So, ikut mana yang selesa tapi jangan sampai stress pulak.

♥ Jika sekiranya kita dalam perjalanan dengan keretapi atau kapal terbang, bolehlah bangun berdiri di sebeleh kerusi yang kita duduk tu tapi janganlah sampai menggangu orang di sebelah kita pulak. At least mintak izin ke apa untuk bangun kejap. Janji hilang lenguh duduk.

Ok. Itu tips duduk yang sesuai, jom usha TIPS KETIKA BERDIRI pulak.


♥ Bagi kita ibu hamil yang bekerja sambil berdiri seperti jurujual, pekerja kaunter, pekerja kilang atau sebagainya, maka sudah pasti kita perlu berdiri lama. Sebaiknya berdirilah dengan tegak, kedua belah kaki kita buka sedikit, bahu & dada diangkat sedikit agar tidak membongkak. Cer cuba…hahaha..

♥ untuk elakkan kaki kita drai cepat rasa lenguh atau letih ketika berdiri, angkatlah salah satu kaki kita & letakkan atas kotak or apa-apa yang tinggi lebih kurang 10~15cm. Ni penting untuk elakkan kaki kita jadi tegang kat bahagaian bawah punggung kita. Buatlah gilir-gilir agar kedua kaki kita tidak merasa penat akibat berdiri.

♥ Jika kat tempat kerja kita tu dibolehkan berehat seketika, maka ambil masa sikit & sandarkan badan kita tegak kat dinding. Lepas tu turunkan badan kita perlahan-lahan dengan membengkokkan sedikit kaki kita biar sampai rasa tegang, tapi stop jika rasa sakit. Buat dengan berhati-hati, jangan sampai tercedera.

♥ Biasanya bila berdiri terlalu lama dengan keadaan hamil ni, ada juga yang cepat merasa pening seperti mengalami tekanan darah rendah. So, cari tempat sesuai untuk duduk & berehat sekejap.

# penting sebenarnya untuk kita tahu posisi & keadaan yang betul bila kita hamil & terpaksa berdiri lama. Kenalpasti tanda-tanda bila kita perlukan rehat :-
- Bila kita merasa letih akibat berdiri lama
- Rasa kejang di bahagian kaki
- Sakit di bahagaian bawah pinggang
- Bengkak pada buku lali & pergelangan kaki
- Varises iaitu pembuluh darah melebar
- berlaku kontraksi awal

Sedakar perkongsian untuk para ibu hamil. Biasanya ramai kawan-kawan saya yang ambil Ostematrix untuk elakkan berlakunya sakit belakang & kejang otot ketika hamil. Malah pembuangan pun bertambah baik. Vitalea pulak ramai yang ambil untuk naikkan hb darah agar tidak mudah cepat pitam atau merasa letih. Biasanya ramai yang ambil full set set hamil ni sebabnya ia terus boleh digunakan sehingga bersalin & berpantang. So, grab 1 set tu memang tak rugi. Contoh macam Ostematrix, semasa pantang amat perlu kerana ia juga berfungsi untuk melembutkan najis kerana majority orang berpantang sakit ketika hendak membuang air besar. Vitalea pulak amat perlu dalam pantang kerana ia akan menambahkan darah yang hilang ketika bersalin. Begitu juga dengan supplement lain dalam set hamil & berpantang ni – ESP, Omegaguard, Alfafa, B Complex, Vitamin C & Zinc. Semua ni boleh digunakan semasa hamil & berpantang.


 Untuk keterangan lanjut tentang set hamil & berpantang ni boleh hubungi saya di page Rumahtangga SIHAT & juga wassap. Saya sedia membantu & memberi penerangan sebaik mungkin khas untuk anda!

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Me-018-7918397
sid : 971292

Comments

Popular posts from this blog

SAYA & BLOG

KISAH AKU & DIA