Mood Tenang di ruang belajar & bekerja
Assalamualaikum…
Hari
ni Rumahtangga SIHAT nak berkongsi bagaimana nak bangkitkan mood tenang dan
santai di ruang belajar & ruang bekerja di rumah. Jujurnya ramai yang
merasakan sukar untuk menyediakan ruangan ini untuk ahli keluarga. Saya dulu
pun take time jugak nak adakan ruang ni. Tapi akhirnya dapat juga buat.
Sebabnya my daughter exam UPSR tahun ni, so memang perlukan ruang belajar.
Bezanya saya join sekali untuk buat my part time biz. Kiranya kami berkongsi ruang
belajar & bekerja, lagipun dalam masa sama boleh bantu anak belajar. Saya
dapat benefit masa berkualiti bersama
anak.
Penyediaan
ruang belajar & bekerja ni sangat simple sebenarnya. Tak kisahlah rumah
besar atau kecil, ruang besar atau kecil, perabut pun tak semestinya mahal.
Sebaliknya cukup jika ruang tersebut mempunyai pencahayaan yang bagus dan
adanya perabut ringkas untuk menyimpan buku dan dokumen. Saya hanya sediakan
rak buku biasa berharga RM30.00 sahaja yang saya beli kat giant untuk letakkan buku-
buku anak dan saya. Selebihnya terpulang pada kita bagaimana nak mewujudkan
suasana yang menarik yang boleh merangsang otak kita semasa berada di ruang
tersebut.
Terdapat
beberapa tips menarik untuk menjadikan ruang belajar & kerja dirumah
kelihatan menarik & menenangkan minda kita:-
Pemilihan warna cat yang sesuai
Pilih
warna cat yang memberikan anda & keluarga selesa untuk focus. Pemilhan
warna putih dan kuning cair dianggap paling sesuai.
Kemasan lantai
Untuk
penggunaan lantai, seramik adalah di cadangkan kerana ia bersesuain & mudah
dijaga. Tapi jika anda suka lantai berkarper, ia juga satu pilihan yang menarik
kerana ia memberikan suasana kehangatan dan memberikan mood.
Panel kayu
Panel
kayu sesuai diletakkan jika ruang dinding tersebut kosong. Pemilihan panel kayu
ni biasanya akan lebih memberi daya tarikan estetika. Kalau pada saya ada daya
pesona tersendiri dan lebih membangkitkan mood tenang. Maybe sebab saya jenis
yang suka peralatan kayu. Bergantung pada kesukaan masing-masing sebenarnya, boleh
aje nak tambah rak kayu sebagai rak buku, tambah letak kerusi sebijik untuk
masa membaca santai, boleh letakkan meja sisi untuk letakkan secawan kopi.
Pergghhhh.. imaginasi ini dah cukup buat saya rasa selesa & tenang.
Pencahayaan
Struktur
pencahayaan ini sangat penting sebenarnya. Tidak boleh terlalu terang dan tidak
boleh terllau gelap kerana ia akan mempengaruhi mood dan mata kita. Pencahayaan
yang tak bersesuain akan menyebabkan mata cepat letih.
Hiasan dinding
Jangan
biarkan dinding ruangan ini terllau kosong. Boleh letak satu atau dua lukisan
dan hiasan dinding atau lebih menarik, boleh letakkan gambar keluarga. Saya
suka letakkan gambar keluarga untuk buat saya tersenyum sendiri bila teringat
kisah di sebalik gambar tersebut.
Itulah antara contoh-contoh ruang belajar & bekerja. Hakikatnya
ruangan belajar & bekerja di rumah sangat perlu kerana ia akan memberi
ketenangan tersendiri. Macam saya, saya sangat suka melihat susunan buku
disekeliling. Rasa aman je. Stress pun boleh hilang bila melihat buku tersusun
rapi. Anda cubalah adakan ruang tersebut, pasti anda suka.
Sekian dulu.




Comments
Post a Comment