SOLAT SUBUH & ASAR


 Assalamualaikum...
Terpanggil untuk berkongsi sesuatu yang saya cari. Sedikit pengetahuan tentang kenapa perlu solat awal waktu di kala Subuh & Asar. Ini kerana Malaikat berganti-ganti menjaga kita di kala siang dan malam. Malaikat yang menjaga manusia pada siang hari akan datang pada kita di waktu subuh dan akan pulang pada waktu asar, manakala malaikat yang menjaga manusia pada malam hari akan datang pada manusia di waktu asar dan akan pulang pada waktu subuh. (Beganti-ganti). Itulah hakikatnya kenapa penting solat Subuh & Asar.

Diceritakan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim sanadnya daripada Abu Hurairah, bahawannya Rasulullah SAW bersabda : "Sentiasa berganti-ganti Malaikat yang menjaga kamu, antara Malaikat yang bertugas siang, mereka bertemu (berkumpul) di waktu solat subuh dan solat asar, kemudian naiklah Malaikat yang bertugas malam menjaga kamu itu, lalu Allah bertanya kepada mereka (malaikat), sedangkan Allah lebih mengatahui tentang keadaan hamba-hambaNya itu, FirmanNya : "Bagaimana keadaan hambaKu?" Mereka menjawab : Kami tinggalkan mereka ketika mereka sembahyang (mengabdikan diri menyembahMu) dan kami datangi mereka ketika mereka mengerjakan sembahyang (mengabdikan diri menyembahMu)".

Allah sentiasa menjaga kita kan. Tak kira masa & walau dalam apa keadaan kita. Jom sama-sama kita muhasabah diri. Bersama ini saya sertakan sedikit ayat agar kita dan ahli keluarga sentiasa terbuka hati untuk menunaikan solat 5 waktu.



Dari ayat 40, surah Ibrahim yang bermaksud " Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku".


Salam sayang untuk anda semua..

Laira

Comments

Popular posts from this blog

SAYA & BLOG

KISAH AKU & DIA