KISAH PARU-PARU BERAIR
Assalamualikum...
Biasanya orang tua-tua sellau cakap, jangan mandi malam, bahaya sejuk paru-paru nanti jadi paru-paru berair.. Errkkkkk.. sejauh mana kebenaran tidaklah saya ketahui. Tadi adik saya bagitau anak bujang dia kena paru-paru berair dan demam dengan suhu mencecah 40C. Tapi alhamdulillah, pagi ni dah beransur baik selepas dimasukkan ubat bontot semalam. Harapnya semakin baik.
Terpanggil untuk saya terus mencari cerita tentang paru-paru berair ni. Makanya Wikipedia jadi mangsa. So, saya sharekan dengan uolls apakah itu paru-paru berair ni.
Paru-paru berair atau juga dikenali sebagai Pneumonia merujuk kepada semua jenis keadaan di mana air berkumpul dalam paru-paru. Ia berpunca dari pelbagai keadaan. Paru-paru berair merupakan sejenis penyakit radang raru-paru.[1] Biasanya, ia digambarkan sebagai radang parenchyma/alveolar paru-paru dan cecair memenuhi alveolar luar biasa. (alveoli merupakan sak mikroskopik dipenuhi udara dalam paru-paru yang bertanggungjawab bagi menyerap oksigen dalam atmosfera Bumi.) Paru-paru berair boleh berpunca dari pelbagai punca, termasuk jangkitan oleh bakteria, virus, fungi, atau parasit, dan kimia atau kecederaan fizikal kepada paru-paru. Puncanya juga boleh secara tidak rasmi digambarkan sebagai idiopathic—iaitu, tidak diketahui—apabila pinca jangkitan telah disingkirkan.
Simptom biasa dikaitkan dengan paru-paru berair termasuk batuk, sakit dada, demam, dan sukar bernafas. Perkakasan diagnosis termasuk sinar-X dan pemeriksaan sputum. Rawatan bergantung kepada punca paru-paru berair; Paru-paru berair bakteria dirawat dengan antibiotik.

Comments
Post a Comment