MENJEMPUT REZEKI
Assalamualaikum...
Sedikit perkongsian hebat yang boleh saya copy paste dari
sebuah group dari seseorang. Rasa terpanggil untuk saya kongsi dengan warga Rumahtangga SIHAT. Moga memberi kita kekuatan untuk teruskan usaha & menambahkan
rezeki kita. Saya juga masih bertatih. Dengan menulis & berkongsi ia sangat bermakna bagi saya kerana membantu saya mengingati & mengamalkannnya. InshaAllah, kita sama-sama berusaha ke arah yang lebih baik.
##
dengan sedikit olahan ayat.
----------------------------------------------------------
Ain
Fakhirah
Ini
cerita betul, bukan mitos. Cerita dongeng ke apa. Saya suami isteri kawin muda
lps belajar. Lepas kawin 'kosong', duit zero. Kawan-kawan lain keje, kami tak
nak keje. Nak niaga. Kami naik smpai sekarang dengan berpaksi kan hidup nak
berubah demi Allah. Dari zero, sekarang dah boleh tolong mak ayah, rumah dah
selesa, ade kereta selesa , makan mewah, ada duit simpanan boleh kata banyak
jugak. Kiranya kekadang tak tahu camna boleh senag mcm sekarang. Kita kekadang
lupa Allah ada. Banyak cara sebenarnya DIA boleh tolong kita kalau kita mintak
kat DIA. Iyelah, kalau mintak kat manusia sapa nak layan.
Dulu
saya tak solat, sampai lupa dah ayat-ayat semua, kena baca balik buku cara-cara
solat > pelan-pelan solat, tak boleh tinggal, kena sungguh-sungguh taubat. Suami
hari-hari solat dhuha, yg mana saya tak mampu nak buat masa tu. Tiap pagi dia
akan solat dhuha, tak boleh tinggal kata dia solat dhuha tu
"wajib" sebab kita tak ada
bos. Bos kita Allah. Jadi kena presentation lebih kat Allah.
Dulu
orang gelak je kami niaga online, sekarang alhamdulillah ramai kawan-kawan dan
keluarga nak berniaga jugak .
Dlu
saya ingat hidup kena 80% usaha , 20% tawakal. Tp sebenarnya = 80% tawakal ,
20% usaha. Dari dulu saya seorang yang pentingkan usaha, exam wajib stay up
mlm, kena usaha. Solat tk payah. Apa ada dengan solat dapat jugak A-ayat
seorang jahil. Astagfirullah. Saya bercakap jujur dgn pengalaman sendiri .
Sila
amalkan ini.
✅
Maksud REZEKI
-
kasih sayang
-
kewangan
-
kesihatan
-
ibadah
✅
Nak dapat income RM50,000 sebulan wajib SEDEKAH 10% dlm RM5000 bulan tu baru
Allah bagi RM50,000
✅
Lepas solat sedekahkan Al-Fatihah pada mak ayah. Call mak ayah setiap hari.
Mintak maaf dengan mak ayah. Mintak mak redha dengan apa yang kita buat.
✅
Nak rezeki melimpah ruah.. Bukak tabung-tabung berikut:
1.
Tabung Zakat
2.
Tabung Sedekah
3.
Tabung Wakaf
4.
Tabung Infak
**pergi
pejabat zakat berdekatan. Tanya terus dengan diaorang camne nk bukak tabung-tabung
nie**
✅
Ramai yg sibok jaga rezeki dengan orang tapi LUPA & TAK JAGA hubungan
dengan PEMBERI REZEKI (ALLAH SWT)
AMALAN
MENJEMPUT REZEKI YANG WAJIB BUAT
1.
Solat awal waktu
- Lelaki 10 ke 20 minit sebelum azan mesti dah ade kat masjid!
2.
Solat Dhuha
-
Eksklusifkan masa dengan Allah dahulu sebelum buat kerja lain
-
Baca surah Al-Waqiah selepas Dhuha (kita tidak akan miskin sampai bila-bila)
-
Bilangan rakaat biasanya buat 2 rakaat, cuma tambah jadi 4, 6 & 8. Ikut
kemampuan. Setiap 2 rakaat kena bagi salam..
✅
Jadilah JUTAWAN yg memberi manafaat pada orang lain!
3.
Tahajjud
-
Buat 7 hari berturut-turut kemudian dah biasa. Buat secara konsisten
-
Buat presentation dengan Allah di waktu 1 per tiga malam. Cerita plan marketing
pada Allah terus! Kalau cerita pada manusia, kalau orang tak nak kita akan frust
kecewa! Tapi present plan pada Allah, kita takkan rasa kecewa. Merengek
merintih pada Allah apa yang kita nak, apa yg kita impikan. apa yang kita nak
capai dalam hidup! Biar jelas. Kalau nak jadi jutawan, doa nak jadi jutawan
berkat tahun ni!
-
Mintak semua pada Allah. Nak pakai Ferrari, nak ada RM10juta dalam akaun bank
dalam masa 2 tahun, nak hantar mak ayah pergi umrah tahun ini, nak beli rumah
banglow. Impian kena jelas! Mintak semua pada Allah, mintak yang besar-besar
terus sebab Allah Maha Kaya Maha Pemurah!
✅
Belajar berlapang dada. Redha dengan setiap masalah & ujian yg Allah bagi..
Contoh ada orang hutang kita bertahun-tahun tak bayar. Redha kan semua tu..
Belajar redha.. Sebab ade sorang peserta tu adik dia pinjam 98ribu dah
bertahun-tahun tak bayar..pastu dia belajar redha.. Tak sampai seminggu Allah
balas balik dia berjaya jual tanah bernilai RM340,000 yg 10 tahun lepas punya
kes.
4.
Sedekah
-
Beri sedekah dengan perasaan.. Contohnya, Ya Allah asbab aku memberi ni aku
dapat jadi jutawan (semasa nak sedekah tu niat macam ni dengan penuh perasaan)
✅
Buat TABUNG SUBUH
-
Masukkan duit setiap hari selepas subuh. Masukkan dengan penuh perasaan &
doa pada Allah.. Cukup sebulan duit tabung tu keluarkan & sedekah pada
masjid @ rumah kebajikan @ maahad tahfiz dll..
Formula
YAKIN
1.
Yakin
2.
Yakin
3.
Yakin
4.
Yakin
5.
Yakin
6.
Yakin
7.
Yakin
8.
Yakin
9.
Yakin
10.
Doa
11.
Usaha
12.
Tawakkal
9
kali kena yakin!!
5.
Baca Al-Quran
-
Paling malas minimum 1 baris dengan terjemahan.. Buat setiap hari.. Jadikan
amalan!
-
Kalau bersedih.. Baca Quran.. Kalau sakit.. Baca Quran..
6.
Istighfar setiap hari
-
Baca zikir 'Ya Wahhab' je 100 kali setiap hari.. Lagi bagus setiap solat 100x..
Pastu up 1000x sampai la mampu buat 100,000 zikir..
7.
Jaga Wuduk setiap hari
-
Latih badan sentiasa ada wuduk. Kalau masalah kentut. Buat ikut kemampuan
sampailah masalah kentut tu hilang.. Hehe! Contoh dalam wuduk pastu gi jumpa
client.. Pasti terkentut.. Jangan la pi ambik wuduk pulak.. Lepas dah jumpa
client baru la ambik wuduk sebab masih dalam proses latihan.. Bagi kelonggaran
pada diri.. Jangan berubah secara drastik..
✅
Latih diri MEMBERI diwaktu tiada bukan bila dah KAYA!
TEKNIK NAK MEREDHAKAN SESUATU
Setiap
kali lepas solat.. Pejam mata.. Pastu letak tangan kanan atas dada kiri.. Tarik
nafas macam biasa.. Rasakan degup jantung kita.. Pastu bayangkan muka mak..
Mintak maaf pada mak jika ada salah..maafkan mak jika mak ada salah..mintak mak
redha kan semua yg kita buat.. Pastu bayangkan muka ayah.. Buat benda sama..
Pastu bayangkan muka isteri.. Muka suami.. Muka anak-anak.. Maafkan semua
orang..
Buat
selama 7 hari! Subhanallah tunggu perubahan luarbiasa dari Allah..
Semoga
bermanfaat untuk semua..
Comments
Post a Comment